Angsa, itik jadi mangsa karate
ORLANDO - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa selepas dia menjadikan angsa-angsa di sebuah taman awam sebagai 'rakan sparring'.
Kejadian pelik itu berlaku di Lake Eola Park yang terkenal sebagai tempat persinggahan angsa, baru-baru ini.
Seorang saksi memberitahu, dia melihat Rocco Joseph Mantella melakukan beberapa aksi kung fu ke atas haiwan terbabit.
Kata saksi tersebut, Mantella menendang kepala seekor angsa sekuat hati sambil ketawa terbahak-bakak.
"Dia tidak mempedulikan teguran pengunjung taman, malah dia menyerang angsa-angsa lain yang hampir dengannya.
"Bukan sahaja angsa, malah beberapa itik juga jadi mangsa lelaki itu," katanya.
Difahamkan, Mantella telah ditahan pihak berkuasa dan berdepan tuduhan kekejaman terhadap haiwan.
Dia juga didenda AS$1,000 (RM3,922). - Metro.UK
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment