Misi bawa lebih banyak pembangunan

Sunday, April 29, 2018

Misi bawa lebih banyak pembangunan

Misi bawa lebih banyak pembangunan

BUKIT GANTANG - Pelbagai aspek pembangunan bakal dilaksanakan khususnya di Dun Changkat Jering bukan hanya melibatkan golongan muda sebaliknya semua peringkat umur.

Calon BN Dun Changkat Jering, Ahmad Saidi Mohamad Daud yang menjadi taruhan pada PRU14 kali ini dilihat mempunyai hala tuju yang besar untuk merealisasikan manifesto mereka.

Menurutnya, perkara utama yang bakal menjadi tumpuan ialah untuk mewujudkan pusat transformasi luar bandar (RTC) di Changkat Jering.

“Sekarang tumpuan hanya di bandar Taiping dan jarak antara kedua-dua lokasi ini agak jauh.

“Oleh itu, sekiranya kita berjaya mewujudkan RTC di Changkat Jering ia akan memberi banyak manfaat kepada seluruh penduduk bukan sahaja di Changkat Jering tetapi Bukit Gantang,” katanya.

Tambah Ahmad Saidi, mengikut perancangan, tumpuan juga bakal diberikan kepada usaha untuk mewujudkan mobile lagend center.

“Di sini anak-anak muda boleh menyertai pelbagai kejohanan sukan atau boleh dijadikan lokasi untuk mereka beriadah dan sebagainya.

“Kita tidak mahu mereka terlibat dengan aktiviti tidak bermanfaat sebaliknya menjadikan tempat ini sebagai sesuatu yang boleh memberi kebaikan demi masa depan mereka,” katanya.

Selain itu, Ahmad Saidi berkata, pembinaan lebih banyak dewan terbuka juga akan diusahakan sekiranya dia diberi mandat pada PRU14 kali ini.

“Sehingga kini, kawasan Changkat Jaring masih tidak mempunyai dewan terbuka sedemikian yang dilihat menjadi satu keperluan bagi pelaksanaan pelbagai aktiviti,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Saidi berkata, dalam masa yang sama, pihaknya juga bercadang untuk menjadikan Pekan Simpang  sebagai Bandar Simpang Raya.

“Jika ia berjaya direalisasikan, pastinya mampu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk khususnya anak muda di Changkat Jering,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment