Beliau berkata kriteria yang perlu diberi perhatian adalah tidak harus memilih pihak yang memainkan emosi, slogan, menabur fitnah dan mengejar agenda peribadi.
"Itu bukan kriteria yang baik sebab itu kena guna akal fikiran untuk memilih siapa yang boleh menjadikan hidup lebih baik pada masa datang.
"Menyokong Barisan Nasional (BN) sebab kita semua tahu bahawa dalam pilihan raya, kita (kena) pilih apakah ukurannya, apakah kriterianya," katanya pada majlis perasmian Sekolah Kebangsaan Bahagia di Batu Sapi dekat sini, hari ini.
Hadir sama Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, calon BN di kawasan Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin, calon BN bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong Datuk Samsudin Yahya dan calon BN DUN Karamunting Lim Kai Ming pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini. BERNAMA
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment