Pas menang saman fitnah Sarawak Report

Monday, April 30, 2018

Pas menang saman fitnah Sarawak Report


Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hasan yang mengesahkan perkara itu berkata, Editor Sarawak Reports, Clare Rewcastle Brown diperintahkan membayar sebanyak RM156,197 (£28,900) atas tuduhan tersebut.

"Alhamdulilah, Pas bersyukur atas kemenangan yang cukup bermakna ini kerana bukan sahaja mencerminkan keperibadian Tuan Guru Haji Hadi tetapi maruah parti secara keseluruhan.

"Saya harap ia dapat mengembalikan sokongan masyarakat sekali gus menangkis dakwaan negatif terhadap Pas terutama dalam kita bakal berdepan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), 9 Mei ini," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Ramah Mesra Bersama Calon Pas Parlimen Indera Mahkota dan Dewan Undangan Negeri Beserah di Kampung Chendor Sempadan, di sini malam tadi.

Nasrudin merupakan calon Pas Indera Mahkota yang bakal berdepan Datuk Dr. Johan Mat Sah sebagai calon Barisan Nasional (BN), calon PKR, Datuk Saifuddin Abdullah dalam pertembungan tiga penjuru.

Abdul Hadi memfailkan saman pada April 2017 berhubung artikel yang ditulis Clare pada Ogos 2016 yang mendakwa RM90 juta dikatakan dimasukkan ke dalam akaun pimpinan Pas untuk mendorong bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment