Diheret isu scammer, calon akan ambil tindakan
KLANG - Calon Pakatan Harapan (Harapan) Dun Meru, Fakhrulrazi Mokhtar menganggap dakwaan dia terlibat dengan 'scammer' adalah satu perancangan pihak tertentu mahu menjatuhkannya dalam PRU14 kali ini.
Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda Amanah Pusat berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan selepas satu perbincangan dibuat dengan pihak parti.
"Saya tidak tahu dari mana sumber itu datang kerana ia tidak menyatakan identiti berkenaan kes berkenaan.
"Bagaimanapun saya berminat nak tunggu apa lagi yang mereka mahu dedahkan berkenaan saya, mungkin selepas ini gambar bogel saya pula?," katanya ketika diminta mengulas berkenaan penyebaran dia terlibat dalam aktiviti scammer, ketika dihubungi Sinar Harian sebentar tadi.
Terdahulu, heboh di media sosial mengaitkan penglibatan Fakhrulrazi dalam aktiviti scammer dengan sebuah syarikat.
Konsepnya didakwa menyerupai money game scam yang lain, durian runtuh untuk peserta atasan diperolehi dari duit penyertaan peserta bawahan.
Sasarannya mencari mangsa di kawasan East Asia seperti Vietnam, Singapore, Indonesia dan Malaysia.
Mengulas perkara itu lagi, tegasnya, dia tidak mahu melayan perkara remeh temeh sedemikian yang hanya akan mengganggu perjalanan kempen yang masih berbaki sembilan hari lagi.
"Orang boleh bercakap apa sahaja berkenaan saya. Itu hak masing-masing.
"Terserah, saya tidak mahu menuduh mana-mana pihak sama ada pihak dalaman parti sendiri mahupun parti lawan kerana ia jelas tidak akan menggagalkan usaha saya untuk meraih kemenangan di Dun Meru kali ini," katanya yang kali pertama bertanding sebagai calon PRU.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment