Dakwaan Tun M hanya strategi raih simpati
KOTA TINGGI - Dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad berlaku unsur sabotaj ke atas pesawat dinaiki ke Langkawi sekali gus mengatakan ia adalah helah pihak lawan dianggap sebagai strategi kempen beliau dalam PRU14.
Calon BN kerusi Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, tindakan Tun M itu adalah strategi untuk meraih simpati.
âItu strategi kempen pilihan raya untuk dapatkan simpati kerana dia (Tun M) yakin kemungkinan calon pembangkang akan banyak kalah.
âSebab nampaknya tsunami biru menyerlah. Ini juga persediaan gerak saraf (pembangkang) seolah-olah kekalahan mereka nanti adalah disebabkan BN. Jadi bila apa yang bakal terjadi nanti orang tak terima, rakyat tolak, jadi tuduh BN sabotaj,â katanya kepada pemberita selepas melakukan walkabout dan melawat penduduk uzur di Felda Sungai Mas, hari ini.
Mengulas lanjut tentang kertas pencalonan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang ditolak pada penamaan calon semalam, Azalina berkata, apa yang berlaku adalah prosedur undang-undang.
Katanya, pihak pembangkang sepatutnya sudah boleh membuat perkiraan lebih-lebih lagi mereka mempunyai ramai peguam yang handal.
âMereka ada peguam handal sepatutnya dah tahu undang-undang dan sepatutnya mereka dah boleh buat kiraan.
âTetapi mereka letak calon yang ada masalah dari segi peraturan. Bagi saya kemungkinan peguam mereka tak berapa pandai, kemungkinan calon mereka tak faham undang-undang,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment