Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai isu selebriti yang mempromosikan produk tanpa mengetahui kesannya kepada pengguna. Rata-rata netizen mendakwa mereka ini sanggup mengejar wang ringgit dengan menerima tawaran untuk menjadi duta dan mempromosikan sesuatu produk.

Tapi tak semua selebriti sama. Ternyata, elakon kecil molek Sharifah Amani mempunyai prinsipnya tersendiri.


Menerusi akaun Twitter miliknya, Sharifah Amani mendedahkan bahawa dia pernah ditawar sebanyak RM1 juta untuk menjadi duta produk pemutih kulit. Namun dia menolak tawaran tersebut kerana tidak mahu menipu orang ramai tentang keberkesanan produk tersebut.


“Sedapnya duit tu, tapi produk tu bahaya”

Menurutnya lagi, dia sanggup menolak tawaran tersebut kerana jika dia mahu menjadi duta produk, dia harus menjadi pengguna terlebih dahulu sebelum menyakinkan orang lain untuk membeli.



Sebab tu la tak kaya & sendu selamanya

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada ibunya yang menasihatinya untuk menolak tawaran produk yang membahayakan pengguna. Baginya duit bukan segalanya dan kehormatan diri lagi penting. Tambahnya lagi, mungkin disebabkan itu dia tidak kaya dan digelar artis sendu.

Rata-rata netizen memuji sikap Sharifah Amani yang tidak gelap mata dengan tawaran wang ringgit dan industri hiburan perlukan ramai lagi selebriti sepertinya.

Bukan mudah bergelar selebriti kerana mereka mempunyai pengaruh besar dan menjadi ikutan ramai.  Diharap mereka mampu menggunakan kuasa pengaruh mereka dengan sebaik mungkin dan ke arah yang lebih baik.