Boon Seong kesal posting palsu di Facebook

Sunday, April 29, 2018

Boon Seong kesal posting palsu di Facebook

Boon Seong kesal posting palsu di Facebook

TEMERLOH - Calon Bebas Dun Mentakab, Datuk Chuah Boon Seong, 57, kesal dengan tindakan sebuah laman sosial yang didakwa telah menyebabkan kekeliruan pengundi.

Ini berikutan sebuah laman Facebook yang menggunakan profil ”Saya Orang Mentakab” memaparkan posting iaitu bekas Adun Mentakab itu dikaitkan dengan BN dan MCA.

Dakwanya posting tersebut menimbulkan kekeliruan bagi pengundi di Dun Mentakab sempena PRU14 kali ini.

“Saya dimaklumkan oleh pembantu saya kira-kira jam 4 petang tadi mengenai posting ini.

“Bagi saya ia satu sebaran palsu dan kemungkinan ia tindakan sesetengah pihak yang ingin mengalahkan saya,” katanya kepada Sinar Harian sebentar tadi.

Beliau ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Mentakab kira-kira jam 8 malam tadi.

Tegasnya, tindakan itu seperti ingin menjejaskan kredibiliti beliau sebagai calon yang bertanding di Dun tersebut.

“Saya berharap satu siasatan dapat dijalankan untuk memastikan sebaran palsu ini dapat dihentikan.

“Ingin saya tegaskan di sini saya adalah calon Bebas dan tiada kaitan dengan mana-mana parti yang disebut,” katanya lagi yang sebelum ini mengumumkan keluar parti MCA, Ogos tahun lalu.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment