'Di luar kawalan saya'
TANJUNG MALIM - Tindakan sekumpulan penyokong yang membuat bantahan di hadapan bangunan Jabatan Perdana Menteri Putrajaya adalah di luar kawalan penyandang kerusi Parlimen Tanjung Malim, Datuk Seri Ong Ka Chuan.
Katanya, pihaknya juga melahirkan kekesalan dengan kejadian yang berlaku.
Menurutnya, beliau telah menerima dengan hati terbuka dengan keputusan pucuk kepimpinan bahawa dirinya tidak lagi dicalonkan semula pada PRU14 kali ini.
âHubungan dibina sejak tahun 2008 itu saya telah menganggap penduduk di Parlimen Tanjung Malim seperti ahli keluarga dan saudara-saudari saya sendiri.
âTindakan mereka ini mungkin tidak boleh menerima hakikat bahawa hubungan kami berakhir,â katanya dalam dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.
Sebelum ini, hampir 500 penduduk Tanjung Malim berhimpun di hadapan bangunan Jabatan Perdana Menteri bagi membantah pengguguran Ka Chuan sebagai calon pada PRU14 ini.
Mereka yang tiba jam 10.30 pagi itu menaiki 19 bas berhimpun dengan membawa sepanduk dan melaungkan sokongan terhadap Ka Chuan.
Ka Chuan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, pihaknya akan berusaha untuk menenangkan emosi selain memujuk mereka untuk bertenang dan menyokong BN pada PRU14 nanti.
âSaya juga ingin menegaskan bahawa ia tiada tindakan bermotifkan politik peribadi,â katanya.
Ka Chuan, 64, berpengalaman sebagai Adun Chenderiang selama empat penggal daripada tahun 1986 hingga 1999 dan pernah dilantik sebagai exco kerajaan negeri.
Pada PRU 2004, beliau bertanding di Parlimen Batu Gajah namun tewas kepada calon DAP.
Ka Chuan kemudiannya menang di kerusi Parlimen Tanjung Malim pada PRU 2008 dan PRU 2013.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment