Kerajaan negeri pecah kerisauan rakyat

Monday, April 30, 2018

Kerajaan negeri pecah kerisauan rakyat

Kerajaan negeri pecah kerisauan rakyat

ISKANDAR PUTERI - Langkah kerajaan negeri pimpinan BN menyempurnakan pecah tanah projek Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) di negeri ini membawa maksud yang tersendiri.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan negeri pimpinan BN sebenarnya berusaha memecahkan kerisauan masyarakat.

“Masyarakat risau mereka boleh beli rumah atau tak.

“Jadi bila kita sempurnakan projek pecah tanah ini, kita nak pecah kerisauan masyarakat,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) Taman Pulai Mutiara, di sini, semalam.

Hadir sama, Pegawai Daerah Johor Bahru, Md Rofiki A Shamsudin; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Adib Azhari Daud dan Pengarah Eksekutif Scientex Quatari Sdn Bhd, Alex Khaw.

Mohamed Khaled berkata, kerajaan negeri pimpinan BN juga mahu memecahkan tanggapan masyarakat bahawa hanya pembangunan komersil dan pertumbuhan ekonomi berskala besar sahaja diberi keutamaan.

“Memang itu diperlukan tetapi kita juga beri perhatian kepada projek-projek kecil seperti yang kita saksikan pada hari ini.

“Saya nak beritahu kepada masyarakat memang kerajaan beri perhatian kepada soal-soal projek projek perumahan yang boleh dimiliki,” katanya.

Katanya, beliau juga mahu menyampaikan mesej bahawa dalam keadaan ekonomi tidak begitu kuat dan kukuh, kerajaan negeri masih lagi memberi perhatian kepada agenda untuk menjayakan projek melibatkan soal pembangunan perumahan.

“Kita tak kompromi dan kita tidak korbankan soal ini.

“Jadi ia akan terus menjadi asas pegangan kita jika rakyat terus memberi keyakinan dan mandat kepada BN,” katanya.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment