MB umum peruntukan RM2 juta
IPOH- Menerusi Bajet Negeri 2018 yang diumumkan pada tahun lalu, kerajaan negeri mengumumkan peruntukan RM2 juta khusus untuk pengoperasian KB1AJ berbanding hanya RM750,000 pada tahun 2017.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam pengumuman itu memberitahu ia sebagai salah satu langkah kerajaan meringankan beban rakyat melalui bantuan kos sara hidup.
âInisiatif KB1AJ yang menawarkan barang keperluan asas pada harga rendah atau harga kilang bersubsidi, di lokasi-lokasi kawasan pedalaman atau yang jauh dari kemudahan KR1M kepada golongan B40, akan diteruskan.
âNamun atas keprihatinan, bermula tahun 2018, selain daripada program KB1AJ sedia ada, kerajaan negeri melalui YBUDR akan melaksanakan Karnival Kedai Bergerak 1Amanjaya di setiap daerah pada setiap bulan, dan terbuka kepada semua golongan termasuk M40,â katanya ketika membentangkan bajet berkenaan.
Beliau berkata, inisiatif itu turut akan disokong agensi-agensi lain seperti Fama dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang turut menawarkan barangan basah seperti sayur dan ikan pada harga murah.
Katanya, berdasarkan kajian perbandingan yang dilaksanakan, KB1AJ lebih jimat sebanyak 28 peratus berbading kedai runcit, 25 peratus berbanding pasar raya tempatan, dan 15 peratus berbanding harga di KR1M.
âMelalui pendekatan Permukiman Daerah Menteri Besar, terlalu banyak kisah dan cerita rakyat melekat di hati. Suka duka, jerih payah, resah gelisah mereka amat menginsafkan.
âSebagai kerajaan yang memahami, dan menjunjung mandat yang diberi mentadbir negeri, usaha meringankan beban hidup mereka tetap menjadi keutamaan,â katanya.
Dalam pada itu, pada Bajet Negeri 2018, program Bantuan Ikhlas Bina Upaya yang merupakan pemberian kotak makanan untuk golongan miskin, mudah miskin dan miskin tegar tetap diteruskan dengan peruntukan RM6 juta.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment