YBR lancar Program Talent Rakyat

Monday, April 30, 2018

YBR lancar Program Talent Rakyat

YBR lancar Program Talent Rakyat

YAYASAN Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi melancarkan Program Talent Rakyat yang memberi fokus kepada siswazah tajaan YBR yang masih belum mendapat kerja.

Pengerusi YBR, Tan Sri Shukry Mohd Salleh berkata, program itu dirangka untuk meningkatkan tahap kemahiran, keusahawanan, latihan industri dan pendedahan kemahiran bersesuaian kepada siswazah menganggur.

“Program Talent Rakyat dijangka dapat membantu mereka untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dan seterusnya meningkatkan taraf sosioekonomi mereka.

“Program ini merupakan salah satu platform kepada para graduan untuk memulakan alam pekerjaan serta melengkapkan modal insan dalam memenuhi ciri-ciri yang diperlukan oleh syarikat, agensi dan sebagainya,” katanya selepas majlis pelancaran program itu di Pulau Pinang.

Katanya YBR telah mengambil langkah lebih agresif dengan memperbanyakkan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti Universiti Sains Malaysia (USM) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dalam usaha menyelesaikan  masalah pengangguran dalam kalangan siswazah.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment