PRU14Nurul Izzah jaja cerita sedih

Sunday, April 29, 2018

PRU14Nurul Izzah jaja cerita sedih


Kali ini, calon PKR kerusi Parlimen Permatang Pauh itu mendakwa tidak ada universiti tempatan yang mahu menerimanya meskipun mendapat keputusan cemerlang 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika itu.

Malah, beliau turut mendakwa kononnya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang mana bapanya pernah menjadi Presiden juga menutup pintu untuk beliau melanjutkan pelajaran.

"Antara jawapan yang saya terima daripada universiti ialah kemasukan saya terlalu berisiko.

"Pelbagai universiti saya pohon, akhirnya hanya Universiti Tenaga Nasional (Uniten) yang menawarkan untuk mengikuti pengajian bidang kejuruteraan," katanya ketika ceramah, di sini malam ini.

Dalam ceramah di Padang Kota Lama semalam, ucapan Nurul Izzah menimbulkan persoalan apabila beliau 'mengungkit' penderitaan yang ditanggung oleh keluarganya apabila Anwar dipecat oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamed atas dakwaan salah guna kuasa dan isu moral.

Kisah berkenaan menjadi 'popular' apabila wajah Anwar dalam keadaan mata lebam disebarkan bagi menunjukkan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dikasari pihak berkuasa ketika pemerintahan Dr. Mahathir. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment