Zahirah Macwilson Idam Lelaki Kelakar, Tak Kacak
Pelakon cantik Zahirah Macwilson dilihat tidak melatah dengan apa saja gosip yang menimpanya selepas hubungan cintanya dengan hero pujaan ramai, Zul Ariffin putus sejak sebulan lalu.
Pelakon berdarah kacukan ini sememangnya cantik orangnya. Selalunya bila orang cantik ni nak pasangan kacak. Tapi berbeza dengan Zahirah.
BACA:Â Didakwa Godam IG Zul Ariffin, Ini Jawapan Zahirah
Baru-baru ini, Zahirah kongsikan 5 ciri lelaki idamannya. Untuk lelaki di luar sana, siapa ada ciri-ciri ini boleh la cuba nasib.
Yang pertama, lelaki itu perlulah hormat dengan keluarganya, itu paling penting. Ciri kedua yang dicari oleh Zahirah ialah seorang yang sentiasa menyokongnya. Lelaki itu juga bukan jenis yang mengongkong atau mengawalnya.
Tambah Zahirah, dia idamkan lelaki yang kelakar. Dari segi paras rupa pula, baginya tidak kacak pun tak apa kerana kebanyakan lelaki kacak tidak berguna.
Ciri seterusnya ialah seorang memiliki hati yang baik dan yang terakhir lelaki itu mampu jaga Zahirah sebaik mungkin.
sumber: rotikaya
0 comments:
Post a Comment