Ahmad Husni dalam kelas tersendiri

Monday, April 30, 2018

Ahmad Husni dalam kelas tersendiri

Ahmad Husni dalam kelas tersendiri

TAMBUN â€" Keunikan kepimpinan calon Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berjaya diterjemahkan menerusi pembangunan pesat menerusi idea My Beautiful Tambun.

Penduduk, Muntaha Kamil Halid, 39, berkata, sepanjang lima tahun dibawah kepimpinan beliau, setiap pelosok kampung berjaya disentuhnya menerusi program pembangunan mahupun masyarakat dari segenap lapisan.

“Saya kagum dengan pengucapan beliau yang banyak memberi suntikan semangat kepada penduduk termasuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan menerusi program-program yang dihadirinya sepanjang menjadi wakil rakyat.

“Lihat kepada pembangunan kini, semua kawasan pesat membangun dengan projek kediaman dan kawasan pentadbiran kerajaan. Keupayaan dan pengalaman beliau dalam arena politik dan masih diperlukan rakyat,” katanya.

Sementara itu, ketua kampung, Abdul Salim Mohd Salleh berkata, Ahmad Husni turut menitik beratkan permasalahan penduduk termasuk kemudahan infra dewan, perpustakaan dan jalan raya.

“Semua itu merupakan merupakan asas dalam membentuk pembangunan dalam masyarakat itu sendiri. Saya gembira dapat berkhidmat di bawah pentadbiran beliau yang banyak memberi kerjasama dengan meluluskan permohonan penduduk ketika beliau menjadi ahli parlimen.

“Ketegasan dan wawasan beliau dapat dilihat dengan pemberian kerusi kepada sekolah agama di Manjoi ini, kemudahan surau diperbaiki termasuk menerima peruntukan lebih RM100,000 untuk meluaskan ruangan solat dan pejabat,” katanya.

Bagi penduduk, Mohd Khairol Nizam Suhaimi pula, BN sahaja mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dalam setiap penggal menerusi ahli parlimen dan adunnya.

“Keyakinan saya tetap kepada BN yang telah menunjukkan keupayaan mereka untuk membawa pembangunan dalam Parlimen Tambun ini. Berhampiran dengan kawasan bandar, Tambun sendiri menerima limpahan pembangunan secara langsung dari kerancakan pembangunan yang dibentuk oleh kerajaan negeri.

“Bagi calon lawan pula, mereka tidak konsisten untuk memenangi hati rakyat dan hanya muncul apabila tibanya pilihanraya ini. Diharapkan pengundi dapat membuat keputusan bijak kerana kerajaan sedia ada lebih banyak menyentuh isu rakyat,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment