Calon PKR Parlimen Pokok Sena yang bersama Pas selama 34 tahun sebelum mengambil keputusan keluar daripada parti pada Januari lalu itu tergamak menuduh Pas bermain sandiwara politik dengan cuba membantu UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Dalam masa sama, beliau juga mengajak penyokong Pas supaya memberi pengajaran dan menghukum parti itu dalam pilihan raya nanti.
"Saya tidak mahu ahli Pas terus menjadi mangsa penipuan dan dipermainkan oleh pemimpin-pemimpin parti itu.
"Selain itu, saya juga kesian melihat ahli-ahli Pas yang bekerja bertungkus lumus tetapi akhirnya kerusi yang ditandingi Pas dalam pilihan raya nanti akan dijual kepada UMNO," katanya.
Sementara itu, seperti biasa, Mahfuz turut menjadikan ceramah tersebut untuk menghentam kerajaan selain mengulangi janji-janji manis untuk menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sedangkan sehingga hari ini gabungan pembangkang PKR itu masih belum dapat mengemukakan alternatif mereka bagi mengantikan cukai tersebut.
Mungkin atas faktor bosan dan muak dengan sikap pemimpin pembangkang yang suka menabur fitnah menyebabkan ceramah tersebut hambar dengan tidak sampai 200 orang hadir.
Selain itu, Mahfuz juga mengulangi skrip lama untuk menakut-nakutkan rakyat dengan mendakwa negara sudah bankrap akibat kegagalan kerajaan sedia ada. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment