Zahid kempen guna bahasa Jawa

Monday, April 30, 2018

Zahid kempen guna bahasa Jawa

Zahid kempen guna bahasa Jawa

BAGAN DATUK: Memasuki hari ketiga kempen, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga calon Parlimen Bagan Datuk meneruskan kempen termasuk berucap dan bercakap dalam bahasa Jawa ketika berkempen di Kampung Badri, Hutan Melintang di sini hari ini.

Beliau yang fasih berbahasa Jawa, diiringi calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melintang, Datuk Khairuddin Tarmizi menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama penduduk dan petugas Jalinan Rakyat (JR) di Kampung Badri yang sebahagian besar penghuninya berketurunan Jawa.

"Tengok, mereka (media) bukan faham apa yang kita cakap. Biarkan. Ini untuk kita."Yang penting kita faham," kata Ahmad Zahid sambil disambut dengan sorakan dan tepukan masyarakat setempat yang hadir.

Ketika berucap pada majlis itu, Ahmad Zahid turut menyeru pengundi untuk mengekalkan penguasaan Barisan Nasional (BN) termasuk memberikan majoriti yang lebih besar kepada beliau serta memenangkan DUN Hutan Melintang yang sebelum ini diwakili PKR dan menambah majoriti di kawasan DUN Rungkup.

Ahmad Zahid dalam ucapannya turut menjelaskan mengapa kerusi DUN Hutan Melintang yang sebelum ini menjadi kerusi tradisi MIC tetapi diserahkan kepada UMNO.

"Setiap tahun bila kita mengadakan mesyuarat cawangan, banyak desakan kepada saya sebagai Ketua Bahagian UMNO Bagan Datuk adalah untuk mengembalikan kerusi Hutan Melintang kepada UMNO dan Alhamdulillah berjaya.

"Saya sudah memberitahu sahabat saya dalam kalangan masyarakat India serta parti komponen dan badan bukan kerajaan berteraskan India bahawa ia bukan soal ambil kerusi orang India beri kepada Melayu tapi kita pindahkan kerusi MIC ke Sungkai, MIC tidak kehilangan kerusi sebaliknya ia hanya dipindahkan ke Sungkai.

"Ertinya di Sungkai, UMNO, MCA, dan GERAKAN serta yang lainnya akan turun membantu calon MIC Sungkai (Datuk V Elanggo).

"Di Hutan Melintang Khairuddin akan bertanding dan kita harap orang India akan terus berikan sokongan kepada beliau.

"Elanggo kalau menang di Sungkai akan terus dilantik sebagai EXCO Kerajaan Negeri tetapi Khairuddin belum tentu ada apa-apa (jawatan), sudah tentu masyarakat India akan lebih beruntung," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment