Empat PPR di Tanjong Karang

Sunday, April 29, 2018

Empat PPR di Tanjong Karang

Empat PPR di Tanjong Karang

PASIR PENAMBANG â€" Sebanyak empat Projek Perumahan Rakyat (PPR) dibangunkan di Parlimen Tanjong Karang bagi membela nasib penduduk yang memerlukan rumah mampu milik.

Penyandang kerusi Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar menjelaskan, projek yang dibangunkan itu adalah PPR Sungai Yu, Ujong Permatang, Pasir Penambang dan Bestari Jaya.

Menurutnya, pembangunan projek ini adalah bukti pembelaan terhadap penduduk Parlimen Tanjong Karang tanpa mengira kaum dan perbezaan fahaman politik.

“Inilah perjuangan yang saya bawa untuk orang Tanjong Karang kerana sokongan merekalah yang mengekalkan saya sebagai wakil rakyat lebih lima penggal.

“Sebagai contoh PPR Pasir Penambang, kementerian peruntukkan sebanyak RM24.48 juta untuk membina rumah pangsa setinggi 21 tingkat ini,” katanya pada Majlis Pecah Tanah Projek PPR Pasir Penambang, di sini, hari ini.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment