Rohingya menangis minta bantuan UNSC

Sunday, April 29, 2018

Rohingya menangis minta bantuan UNSC

Rohingya menangis minta bantuan UNSC

COX'S BAZAR - BANGLADESH. Pelarian Rohingya di Bangladesh, semalam membuat rayuan penuh emosi kepada Majlis Keselamatan PBB (UNSC) untuk membantu mereka pulang dengan selamat ke kampung halaman masing-masing di Myanmar selain menuntut keadilan terhadap kekejaman yang dilakukan terhadap golongan itu.

Beberapa wanita dan remaja perempuan dilihat menangis penuh hiba ketika menceritakan penderitaan yang dialami mereka.

"Ia menunjukkan skala cabaran kepada kami untuk mencari cara bagi membolehkan pelarian Rohingya pulang. Apa yang menyedihkan adalah tiada apa yang kita boleh lakukan untuk mengurangkan derita mereka," kata Duta Britain ke PBB, Karen Pierce ketika melawat kawasan tanak tidak bertuan yang menempatkan golongan itu.

Sementara itu, Timbalan Duta Amerika Syarikat ke PBB, Kelley Currie berkata, keadaan akan menjadi 'bencana' apabila ketibaan musim hujan.

Sebelum ini, pegawai PBB dan kumpulan bantuan telah menyuarakan kebimbangan terhadap nasib etnik Rohingya menjelang musim monsun yang dijangka memburukkan lagi situasi kemanusiaan di kem pelarian terbabit.

Difahamkan, wakil UNSC dijadualkan tiba di Yangon pada hari ini untuk bertemu Penasihat Negara, Aung San Suu Kyi turut berkunjung ke kem pelarian Kutupalong yang menjadi tempat berlindung hampir 700,000 pelarian Rohingya. - Reuters



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment