Sinar Harian sertai MPPM

Monday, April 30, 2018

Sinar Harian sertai MPPM

Sinar Harian sertai MPPM

KONSORTIUM bagi menawarkan platform pengiklanan lebih selamat, melindungi kepentingan pengiklanan, telus dan mencapai jangkauan pasaran lebih meluas, Malaysia Marketplace Publishers Premium (MPPM) mengumumkan penglibatan Sinar Harian sebagai ahli baharunya.

Portal berita Sinar Harian yang dilancarkan secara rasmi pada November 2011, adalah salah satu portal berita utama di Malaysia dengan lebih daripada 45 juta halaman dilihat secara bulanan dan tujuh juta pelawat unik sebulan.

Timbalan ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf, Syamil Fahim dalam satu kenyataan berkata, Sinar harian berbesar hati menyertai MPPM dan menyokong usaha konsortium itu untuk menggalakkan ketelusan perdagangan iklan dalam talian di Malaysia.

"Kami di Sinar Harian gembira menyertai MPPM. Penerbit berita di negara ini menghadapi cabaran yang sama di dalam talian dan MPPM adalah penyokong kuat kepada industri malah komited bersama piawaian digital. Justeru kami amat berbesar hati menyertai dan menyokong usaha MPPM," katanya.

Akhbar Sinar Harian dilancarkan kali pertama pada 31 Mac 2006 di Kelantan dan Terengganu sebelum memperluaskan pengedarannya ke Selangor dan Wilayah Persekutan Kuala Lumpur di pantai barat pada September 2007.

Selama bertahun-tahun, Sinar harian telah mendokong pelbagai platform media dan kini ia adalah pemimpin digital mutlak. mewujudkan satu siri produk yang pertama, digital.

menerusi pelancaran produk seperti App mudah alih untuk telefon pintar dab tablet, Sinar Life; laman sesawang video, SinarTV; dan Sinar Social, inisiatif media sosial pada platform media sosial popular mengakses kandungan Sinar Harian dibuat lebih mudah dan lebih cepat untuk pada pembaca di pelbagai platform dengan pelbagai format.

Sementara itu, Naib Pengerusi MPPM, Keu Tien Siong berkata, keanggotaan Sinar Harian bersama MPPM adalah peristiwa sangat penting mengenai masa depan perniagaan berita.

Dalam landskap yang semasa kini, sokongan rakan kongsi pemikiran ke hadapan seperti Sinar Harian tidak ternilai.

"Keputusan Sinar Harian menyertai MPPM ini secara tidak tidak langsung memperkuatkan usaha kami terhadap ketelusan dan penipuan iklan yang telah menonjolkan kepentingan yang cuba kami capai di Malaysia," katanya.

dengan penglibatan Sinar Harian, MPPM kini telah mempunyai sembilan penerbit utama termasuk The Star, Sin Chew, China Press, Utusan, Kosmo, dan Guang Ming yang mencapai 60 peratus daripada penduduk digital di Malaysia.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment