PAS tipu penyokong - Mahfuz

Monday, April 30, 2018

PAS tipu penyokong - Mahfuz

PAS tipu penyokong - Mahfuz

KANGAR: Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Mahfuz Omar, mendakwa parti lamanya menipu penyokong mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau yang pernah bersama PAS selama 30 tahun mendakwa, parti berkenaan bermain sandiwara politik dengan membantu UMNO pada PRU kali ini.

Calon PKR kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pokok Sena itu mengajak penyokong PAS memberi pengajaran dengan menghukum parti itu dengan memilih gabungan pembangkang berkenaan pada 9 Mei nanti.

"Saya tidak mahu ahli PAS terus menjadi mangsa penipuan dan dipermainkan oleh pemimpin parti itu.

"Saya tinggalkan PAS tetapi saya tidak pernah tinggalkan penyokong PAS kerana mereka sahabat dunia akhirat saya.

"Kasihan...saya bersimpati melihat ahli PAS yang bekerja keras tetapi akhirnya kerusi yang ditandingi PAS dalam pilihan raya nanti akan dijual kepada UMNO," katanya ketika berceramah di Bintong, di sini, malam tadi.

Sementara itu, pada ceramah berkenaan, Mahfuz seperti pemimpin pembangkang lain menjadikan pentas ceramah sebagai tempat menghentam kerajaan.

Beliau juga mengulangi janji manis untuk menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST), namun tidak mengemukakan alternatif bagi menggantikan hasil yang hilang daripada cukai berkenaan.

Mahfuz juga mengulangi skrip lama untuk menakutkan rakyat dengan mendakwa negara sudah bankrap akibat kegagalan kerajaan sedia ada.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment