Najib rasmi bangunan SK Kampung Bahagia, Sandakan

Sunday, April 29, 2018

Najib rasmi bangunan SK Kampung Bahagia, Sandakan

Najib rasmi bangunan SK Kampung Bahagia, Sandakan

SANDAKAN: Datuk Seri Najib Razak tiba di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bahagia di sini, sebentar tadi, bagi merasmikan bangunan sekolah itu.

Perdana Menteri yang diiringi Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, disambut oleh calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Batu Sapi, Datuk Linda Tsen Thau Lin; calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong, Datuk Samsudin Yahya; dan calon DUN Karamunting, Lim Kai Ming.

Sekolah berkenaan yang mula beroperasi pada 2013, kini mempunyai 518 murid.

Sebelum ini, SK Kampung Bahagia menumpang di bangunan SK Gas sejak dibuka pada Januari 2000.

Selepas ini, Perdana Menteri dijangka menghadiri perjumpaan bersama masyarakat Tionghua, sebelum berlepas ke Tawau bagi Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Tanjung Batu dan Merotai di Padang Majlis Bandaran Tawau.

Najib dijangka pulang ke Kuala Lumpur pada jam 5.40 petang ini.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment