Sudah agak lama tidak mendengar Tasha Shila dikaitkan dengan mana-mana lelaki, pun begitu akuinya ketika ini beliau ada mengenali seseorang. Namun Tasha enggan terlalu bercerita mengenainya, mungkin takut tidak kesampaian.

BACA: Pakai Seksi, Tasha Shilla Ditegur Peminat


“Saya tidak mahu ulas lanjut mengenai perkara peribadi, memadai jika semua mendoakan yang terbaik. Kalau ada jodoh, insya-Allah. Lagipun, saya lebih menyukai perhubungan matang dan tidak mahu membuang masa bercinta”


Baru sahaja menerima adik ipar baru, Tasha tidak kisah adiknya terlebih dulu mendirikan rumah tangga. Bagi Tasha beliau tidak perlu risau tentang umur yang makin meningkat naik jika sudah tertulis, pasti beliau akan bertemu jodoh.

“Tidak timbul istilah langkah bendul hanya kerana saya belum bertemu jodoh. Ia hanya istilah yang dicipta manusia, sedangkan Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana saya percaya, sampai masa saya juga akan berumah tangga”



“Sebagai kakak, saya tumpang gembira dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya. Alhamdulillah, dia akhirnya bertemu cinta sejati. Melihat senyuman adik pada hari bersejarahnya sudah cukup membuat saya gembira,” jelasnya.

Jodoh dan pertemuan ditangan Tuhan, siapalah kita mahu mempersoalkannya. Agaknya siapalah jejaka bertuah yang dimaksudkan Tasha itu. (rtky/w)