PRU14Khairy ambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi

Sunday, April 29, 2018

PRU14Khairy ambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi


Katanya, peguamnya sedang menyiapkan surat tuntutan terhadap Rafizi yang dijangka siap dalam tempoh dua hari.

"Tuduhan seperti ini tidak boleh dibiarkan begitu saja tanpa diberi penjelasan.

"Rafizi ini kaki penipu dan kita mesti beri pengajaran yang serius kepadanya kali ini," katanya kepada para pemberita selepas Majlis Penerangan Isu Semasa 1MDB di Senawang dekat sini sebentar tadi.

Rafizi menerusi kenyataan di media sosial mendakwa Khairy dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga calon BN di DUN Rantau bersekongkol dan bertanggungjawab menyebabkan Streram gagal mengemukakan borang pencalonan bagi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Streram yang tidak memiliki pas perakuan calon daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal memasuki pusat penamaan di Dewan Seri Rembau sekali gus Mohamad disiytiharkan menang tanpa bertanding di DUN berkenaan. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment