`Saya setia kepada parti'

Sunday, April 29, 2018

`Saya setia kepada parti'

`Saya setia kepada parti'

Kota Kinabalu: Penyandang Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Jumat Idris, mengisytiharkan kesetiaan kepada Barisan Nasional (BN) walaupun tidak lagi dicalonkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bekas Ketua UMNO Sepanggar itu berkata, beliau menyokong penuh dan akan membantu jentera BN Sepanggar bagi memastikan kerusi Parlimen itu tidak jatuh ke tangan pembangkang.

"Saya orang BN dan hati saya masih kuat kepada BN. Saya setia kepada parti, jangan ada sesiapa pertikaikan kesetiaan saya.

"Perjuangan saya bukan perjuangan peribadi tetapi untuk rakyat Sepanggar, kita perlu bersama-sama BN untuk membina masa depan lebih cerah," katanya.," katanya.

Jumat berkata demikian di hadapan kira-kira 3,000 penyokongnya, sekali gus menafikan dakwaan dan khabar angin kononnya beliau akan menyokong calon pembangkang di Parlimen Sepanggar pada PRU-14 ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak dan calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai, Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Jumat yang masih digantung keahlian dalam UMNO, turut menggesa penyokongnya memberi sokongan kepada BN dan calon Parlimen Sepanggar iaitu Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Abdul Rahman, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan dicabar calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Mohd Azis Jamman; calon Parti Maju Sabah, Jeffrey Kumin dan Robert Sopining dari Parti Cinta Sabah.

Jumat digantung keahlian dalam UMNO selama tiga tahun pada tahun 2015 kerana mengkritik Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.

Sementara itu, Salleh berkata, beliau gembira kerana Jumat menerangkan beliau setia bersama BN untuk menentukan supaya parti itu kekal mempertahankan Sepanggar.

"Kita semua maklum Datuk Jumat masih digantung keahliannya.. tetapi beliau setia kepada parti. Tidak mudah mencari pemimpin seperti ini...walaupun tiada kedudukan, tetap setia dalam perjuangan parti," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment