Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah membacakan Watikah Pemasyhuran Sultanah Kedah di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
Sultanah Maliha kemudian menghadap Sultan Sallehuddin dalam Istiadat Menjunjung Duli. Serentak itu, 21 das tembakan dilepaskan.
Dalam istiadat pemasyuran itu, Sultan Kedah turut berkenan mengurniakan Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin (SSSK) kepada Sultanah Maliha.
Sultanah Kedah, 69, yang diputerikan di Kota Bharu, Kelantan merupakan anakanda ketiga daripada tujuh adik-beradik.
Baginda yang merupakan cucunda Sultan Kelantan yang ke-27, Sultan Yahya Petra berkahwin dengan Sultan Sallehuddin pada 26 November 1965.
Istiadat pemasyhuran itu turut dihadiri Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin; Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah; Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Tunku Laksamana Kedah, Datuk Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin.-UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment