Jualan ShopBack naik
ShopBack, platform Cashback dalam talian utama yang menjadi rakan kongsi majoriti laman tempahan pengangkutan dan penginapan di Malaysia, menyaksikan peningkatan 26 peratus dalam pembelian perjalanan dalam kalangan pengguna setempat.
Peningkatan itu dilihat berlaku sejak pengumuman hari mengundi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei depan.
Pengurus Besar ShopBack Malaysia, Alvin Gill, berkata, kebiasaannya tempahan perjalanan akan banyak diterima selepas pameran MATTA Mac lalu, atau dua minggu hingga sebulan sebelum Hari Raya Aidilfitri.
âBagaimanapun, trend pembelian datang lebih awal tahun ini kerana PRU14 jatuh sebelum Ramadan,â katanya.
Menurutnya, berdasarkan kepada data ShopBack Malaysia, rakan kongsi telah menawarkan diskaun dalam penerbangan dan tiket bas, serta kad petrol yang boleh dibeli semula.
âIa merupakan carian yang paling dicari di bawah kategori perjalanan di web dan aplikasi ShopBack.
âPurata jualan harian peniaga perjalanan kami telah mendapat kenaikan 26% sejak pengumuman hari pengundian. Permintaan kekal kukuh dalam beberapa minggu yang lalu, dan kami menganggap sebahagian daripada faktor penyumbang adalah bahawa AirAsia memperkenalkan tambang tetap untuk semua pengundi.
âPengguna ShopBack boleh membeli tiket AirAsia melalui Traveloka dan Expedia; pada masa yang sama memperoleh simpanan wang balik daripada setiap transaksi yang dibuat.
âDi samping itu, tiket bas, kad hadiah Petronas dari Lazada dan 11street juga merupakan antara produk laris pada bulan April,"kata Alvin.
Menurutnya, untuk menampung mereka yang belum mendapat tempahan pengangkutan, ShopBack Malaysia akan menganjurkan Pakej Perjalanan Pertengahan Tahun dari 30 April hingga 6 Mei depan.
âTawaran sehingga 7.5 peratus rebat tunai bersama rakan perjalanan kami termasuk Malaysia Airlines, Traveloka, Expedia, BusOnlineTicket, Booking.com, Hotels.com, dan lain-lain.
âRakyat Malaysia boleh merebut peluang dan mengoptimumkan perbelanjaan mereka dengan melawat laman web ShopBack atau memuat turun aplikasi mudah alihnya,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment