Dua penggal dahaga pembangunan

Sunday, April 29, 2018

Dua penggal dahaga pembangunan

Dua penggal dahaga pembangunan

BUKIT GANTANG - Sejak dua penggal lalu penduduk dahagakan pembangunan di kawasan Parlimen Bukit Gantang setelah Pas merampasnya daripada BN yang menjadi kubu kuat mereka bermula 1995.

BN berjaya mengekalkan kekuasaan mereka sehinggalah pada PRU12, peralihan kuasa berlaku dan Pas mentadbir Bukit Gantang.

Pada 2004, calon BN, Datuk Tan Lian Hoe dari Gerakan menewaskan calon Pas, Allahyarham Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali dengan majoriti 6,702 undi.

Bagaimanapun, pada PRU12, Pas menjadi pilihan pengundi apabila calon yang dipertaruhkan parti itu, Roslan Shaharum menewaskan calon BN, Datuk Mohd Azim Zabidi.

Tidak lama, pada Februari 2009, penyandangnya meninggal dunia dan 7 April mencatat sejarah apabila PRK Parlimen Bukit Gantang dilaksanakan.

Ketika itu, Pas mempertaruhkan calon mereka, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin yang menewaskan calon BN, Datuk Ismail Safian dan calon bebas, Kamarul Ramizu Idris.

Pada PRU13, BN sekali lagi mempertaruhkan, Datuk Ismail Safian, namun tetap kecundang kepada calon Pas, Idris Ahmad.

Berbeza di Dun Trong pada PRU12 lalu, calon BN, Rosli Husin berjaya mendapat mandat daripada rakyat untuk menjadi wakil rakyat mereka sekali gus menewaskan calon Pas, Norazli Musa.

Manakala di Dun Kuala Sepetang, calon muda dan muka baharu dipertaruhkan PKR iaitu Chua Yee Ling menang menewaskan calon BN, Loh Swee Eng dan calon bebas, Zainal Abidin Abd Rahman pada PRU13.

Selain itu, Pas turut diberi mandat di Dun Changkat Jering apabila calon mereka, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sekali lagi berjaya menewaskan calon BN, Rosli Husin dan calon bebas, Zulkifli Ibrahim.

PRU13 lalu, BN sekali lagi mempertahankan kerusi mereka di Dun Trong apabila meletakkan muka baharu, Datuk Dr Zabri Abd Wahid sebagai calon mereka dan berjaya menewaskan calon Pas, Norazli Musa.

Kali ini, Parlimen Bukit Gantang menampilkan muka baharu termasuklah tiga kawasan Dun di bawahnya iaitu Changkat Jering, Trong dan Kuala Sepetang.

Mereka ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal bagi kerusi Parlimen, Mohd Kamaruddin Abu Bakar (Dun Kuala Sepetang), Ahmad Saidi Mohamad Daud (Dun Changkat Jering) dan Jamilah Zakaria (Dun Trong).



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment