Sin Woon serius tangani isu pengangkutan awam

Sunday, April 29, 2018

Sin Woon serius tangani isu pengangkutan awam

Sin Woon serius tangani isu pengangkutan awam

SEREMBAN: Pengalaman menunggu bas selama 40 minit ketika menyelami masalah rakyat membuatkan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Seremban, Datuk Chong Sin Woon, bertekad memberi perhatian serius terhadap isu pengangkutan awam.

Ketua Pemuda MCA Kebangsaan itu berkata, beliau pernah turun padang untuk menilai sendiri tahap perkhidmatan bas berhenti-henti di Seremban dan mengenal pasti beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki demi kemudahan pengguna yang terdiri daripada pelbagai golongan.

"Ketika itu, saya bersama pengguna perkhidmatan awam yang lain termasuk warga emas yang mahu menaiki bas dari Terminal One ke Temiang iaitu destinasi yang jaraknya hanya beberapa kilometer, tetapi terpaksa menunggu selama 40 minit sebelum bas tiba.

"Saya dapati antara kelemahan perkhidmatan ini adalah bas tidak mengikut jadual, selain syarikat pengendali tidak mempunyai pelan semasa apabila kenderaan rosak, sekali gus menjejaskan keseluruhan jadual perjalanan," katanya pada sidang media selepas melancarkan manifesto BN Seremban di sini, hari ini.

Hadir sama calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan, Datuk Abu Ubaidah Redza; Leaw Kok Chan (DUN Nilai); Lim Kok Kian (DUN Lobak) dan Siow Koi Voon (DUN Temiang).

Sin Woon berkata, selain itu laluan bas henti-henti itu juga perlu ditambah baik kerana tidak melalui beberapa kawasan tumpuan ramai di pusat bandar, menyebabkan pengguna terpaksa berjalan jauh untuk menggunakan perkhidmatan berkenaan.

Beliau turut berjanji akan berusaha meningkatkan kadar kekerapan tren komuter Seremban ke Kuala Lumpur daripada 15 minit kepada 7.5 minit pada waktu puncak, bagi menampung keperluan penduduk daerah ini yang bekerja di ibu negara.

Isu pengangkutan awam adalah satu daripada 12 teras manifesto yang dilancarkan beliau, selain teras menyediakan kehidupan lebih berkualiti untuk anak muda; penduduk dapat menjana pendapatan isi rumah melalui ekonomi kebudayaan dan anak Seremban bekerja dan tinggal di Seremban

Teras seterusnya ialah meningkatkan pendapatan isi rumah melalui pendapatan kedua untuk kehidupan lebih berkualiti; liputan internet berkelajuan tinggi di bandar Seremban; pertanian moden untuk meningkatkan pendapatan dan keselamatan makanan.

Turut diberi perhatian ialah teras mempergiatkan perkembangan pelancongan setempat; menjaga kebajikan dan memperkasa ibu tunggal di Seremban serta menghargai pengorbanan warga emas.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment