Isteri sarat mengandung bantu kempen Shahril
BANTING: Biarpun sarat mengandung anak sulung, isteri calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Langat, Latisha Udani tetap turun membantu suaminya berkempen.
Latisha, 30, berkata usia kandungannya yang mencecah tujuh bulan itu langsung tidak menghalang dirinya untuk membantu suami, Shahril Sufian Hamdan, 32.
"Tidak ada halangan. Saya buat dan ikut apa yang termampu. Alhamdulillah. Saya diberikan tenaga untuk membantu suami berkempen," katanya yang ditemui ketika menyertai Shahril bertemu penduduk di Pasar Malam Seri Cheeding, di sini, hari ini.
Latisha, pelajar sarjana sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur berkata, beliau memastikan Shahril mengambil makanan sihat selain berehat ketika ada masa terluang.
Katanya, ketika ini Shahril hanya tidur antara tiga hingga empat jam sehari kerana jadual yang padat selepas dicalonkan mewakili BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
"Saya dan suami turut mengambil makanan tambahan untuk memastikan sentiasa bertenaga sepanjang kempen," katanya.
Shahril dan Latisha yang mendirikan rumah tangga tiga tahun lalu bakal menimang cahaya mata perempuan Julai ini.
sumber: bharian
0 comments:
Post a Comment