Pelajar ditipu 'datuk' Facebook

Monday, April 30, 2018

Pelajar ditipu 'datuk' Facebook

Pelajar ditipu 'datuk' Facebook

KUALA TERENGGANU - Teruja menerima bungkusan yang dikirim oleh kenalan lelaki berpangkat 'datuk' yang dikenali di Facebook,  seorang pelajar terpaksa menanggung kerugian RM1,800 kerana ditipu.

Tidak cukup dengan itu, pelajar perempuan berusia 18 tahun turut berdepan ugutan akan diculik samseng dipercayai daripada sindiket 'parcel scam'.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, kejadian bermula selepas mangsa ada memasukkan wang RM1,800 ke dalam akaun bank milik seorang 'Pegawai Kastam', kira-kira jam 7.24 malam, Khamis lalu.

"Mangsa berbuat demikian selepas dihubungi seorang wanita memperkenalkan diri sebagai 'Pegawai Kastam' yang bertugas di Kastam Pelabuhan Johor sehari sebelum itu.

"Wanita berkenaan memaklumkan mangsa perlu membayar wang pelepasan cukai bungkusan yang dihantar atas nama dia.

"Mangsa juga dimaklumkan bungkusan dikirim oleh kenalan berpangkat 'datuk' dikenali di laman sosial, " katanya ketika dihubungi hari ini.

Idris berkata, bagaimanapun, mangsa diarahkan membuat pembayaran RM4,200 kerana dimaklumkan bungkusan itu mengandungi sejumlah wang yang besar.

"Mangsa yang kini masih belajar seterusnya memaklumkan kepada 'datuk' berkenaan yang dia tidak mempunyai wang dan tidak dapat mengambil bungkusan dikirimkan.

"Alasan diberikan menyebabkan 'datuk' tersebut naik angin sebelum mengugut akan mengarahkan samsengnya menculik mangsa sekiranya enggan membuat pembayaran itu," katanya.

Kata Idris lagi, terkejut dan bimbang dengan ugutan itu, mangsa mula mengsyaki dirinya sudah ditipu sebelum membuat laporan diBalai Polis Kuala Terengganu, pada Sabtu lalu.

"Kes berkenaan kini disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment