Tolak calon Bersatu di Manong

Monday, April 30, 2018

Tolak calon Bersatu di Manong

Tolak calon Bersatu di Manong

SAYONG - Baru dua hari kempen PRU14 bermula, sudah kedengaran aduan ahli parti yang tidak berpuas hati dengan pemilihan calon di kawasan mereka.

Di Kuala Kangsar, bekas Ketua Penerangan Bersatu Kuala Kangsar, Amir Hashim Yot berkata, dia dan ahli serta jentera parti menolak pencalonan Isa Jaafar sebagai calon PKR di Dun Manong.

Menurutnya, calon tersebut tidak pernah membantu jentera Bersatu Kuala Kangsar malah beliau juga dikatakan dicalonkan di Dun Lubuk Merbau sebelum berpindah pula ke Manong.

Tambah Amir Hashim, beliau tidak menolak kemungkinan mungkin terdapat segelintir ahli membantu kempen BN dalam PRU14 kerana kecewa dengan situasi berlaku sekarang.

“Pihak kami tak puas hati dengan cara Isa sebab dia enggan jumpa kami langsung. Kita tak mahu terima dia sebagai calon dan tidak menyokong dia.

“Pengundi memang tolak dia. Kami sebagai ahli dan bekas jawatankuasa tidak akan undi dia. Kalau tiada respons, pihak kami akan cuba kempen tolak dia.

“Samada nak bantu BN, kami akan adakan perbincangan untuk bantu kempen BN. Nak bantu atau tidak, terpulang kepada pandangan masing-masing dalam perbincangan itu nanti,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media khas di sini.

Tambahnya, sebagai penggerak awal sejak tertubuhnya Bersatu di Kuala Kangsar, mereka rasa terkilan kerana pencalonan tidak mengambil kira kehendak akar umbi parti.

“Pemilihan Isa sebagai calon memadamkan peluang Harapan untuk memenangi kerusi tersebut malah tindakan mereka seolah-olah mengkhianati rakan di Bersatu.

“Di manakah kerjasama Amanah yang dikatakan menghormati sahabat seperjuangan dan semangat setiakawan? Sudahlah kerusi Parlimen diambil kini kerusi Dun Manong juga dirampas.

“Diingatkan kepada calon Harapan di Kuala Kangsar, jangan angkuh dan sombong setelah dinobatkan calon. Jagalah hati rakan yang selama ini bekerja keras mempertahankan Pakatan Harapan,” ujarnya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment