PRU14Pengguna LATAR nikmati tol percuma semasa PRU14

Monday, April 30, 2018

PRU14Pengguna LATAR nikmati tol percuma semasa PRU14


LATAR
 

Pengarah Urusan Lebuhraya LATAR , Datuk Mohamed Raffe Chekku dalam satu kenyataan hari ini berkata, tawaran berkenaan bagi membantu pengguna untuk keluar mengundi pada hari berkenaan.

"Lebuhraya LATAR adalah pintu masuk bukan sahaja ke bandar-bandar kecil di pantai barat Semenanjung Malaysia tetapi juga ke perbandaran lain seperti Selayang, Rawang, Shah Alam, Sg. Buloh dan banyak lagi.

"Pasukan operasi kami sentiasa bersedia untuk memantau pergerakan lalu lintas pada hari itu. Di samping itu, laluan tambah nilai 'Touch 'n Go' masih beroperasi 24 jam," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Maklumat lanjut mengenai Lebuhraya LATAR boleh didapati dengan menghubungi talian di 03-6145 1515 atau melayari www.facebook.com/latarexpressway dan www.twitter.com/Latarexpressway.

LATAR Expressway Berhad, yang dahulunya dikenali sebagai Lebuhraya Assamjawa Taman Rimba Bhd. (LATAR), merupakan subsidiari Bina Puri Holdings Berhad (50 peratus) dan Rafulin Holdings Sdn. Bhd. melalui anak syarikat milik penuhnya, Arena Irama Sdn Bhd (50 peratus). - BERNAMA



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment