PRU14Pembubaran PPBM: Tun M salahkan kerajaan

Thursday, April 5, 2018

PRU14Pembubaran PPBM: Tun M salahkan kerajaan


MAHATHIR
MAHATHIR MOHAMAD

Meskipun secara terangan-terangan PPBM jelas mempunyai permasalahan dari segi struktur dan beliau sendiri mengakui parti itu tidak mengadakan mesyuarat di peringkat cawangan, Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP itu tetap mahu menuding jari ke arah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pembubaran berkenaan.

Dakwa beliau, pembubaran PPBM itu kononnya didalangi oleh kerajaan bagi memenangi pilihan raya umum akan datang.

"Langkah yang perlu dilakukan Perdana Menteri dalam usaha untuk memenangi pilihan raya adalah mengisytiharkan parti saya, PPBM sebagai parti tidak sah. Ini bermakna saya tidak dibenarkan untuk memperkenalkan diri dalam sebuah parti kerana ia tidak sah.

"Bukan itu sahaja, Pakatan Harapan sebagai satu  pakatan juga tidak dapat didaftarkan kerana dalam kalangan anggotanya ada parti yang tidak sah," katanya ketika menjadi salah seorang panel pada Forum Perniagaan dan Ekonomi Nasional di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment