Motosikal penyumbang tertinggi kemalangan maut
KUALA PILAH - Penunggang dan pembonceng motosikal masih menjadi penyumbang tertinggi kemalangan maut sepanjang tahun lalu iaitu 65 peratus daripada keseluruhan.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC) Sharul Othman Mansor berkata, sebanyak 533,875 kes kemalangan jalan raya direkodkan sepanjang tahun lepas dengan jumlah kematian 6,740 orang.
âDaripada jumlah itu, sebanyak 4,348 kemalangan maut melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.
âManakala statistik kematian membabitkan pelajar sekolah dan remaja di negara ini berusia enam hingga 20 tahun pada tahun yang sama adalah seramai 1,531 orang.
âTurut direkodkan seramai 1,337 cedera parah dan 2,097 mengalami cedera ringan,â katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media ketika merasmikan program Kempen Keselamatan Jalan raya dan Pencegahan Jenayah Pelan Tindakan Inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) PDRM Bukit Aman bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Muhammad, hari ini.
Hadir sama Pengarah Pendidikan Negeri, Pkharuddin Ghazali.
Menurut beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut melaksanakan ops lumba haram yang dilihat semakin membimbangkan membabitkan pelajar sekolah dan remaja berumur 16 hingga 20 tahun.
âStatistik menunjukkan seramai 96 orang direkodkan daripada jumlah tangkapan 193 kes membabitkan jumlah operasi sebanyak 1,232 dalam tempoh 2017 mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,â katanya.
Selain itu, beliau turut menasihatkan kepada pelajar menjauhi gejala samseng jalanan yang boleh mendatangkan masalah kepada ketenteraman awam dan menambah bilangan korban jalan raya.
âMasyarakat juga perlu bekerjasama memainkan peranan menjadi mata dan telinga PDRM dengan melaporkan kepada pihak berkuasa sebagai langkah pencegahan agar gejala ini tidak berleluasa,â katanya.
Pada program ini, PDRM telah melaksanakan kempen keselamatan jalan raya membabitkan 200 pelajar sekali gus memberi kesedaran menunggang motosikal secara berhemah.
Turut diadakan, pertunjukan motosikal berkuasa tinggi dari Maktab PDRM Bakri, Muar, pertunjukan helikopter dan turun tali serta payung terjun oleh Komando 69, unit berkuda serta pancaragam.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment