PM rasmi pecah tanah projek ETS Gemas - JB

Sunday, April 1, 2018

PM rasmi pecah tanah projek ETS Gemas - JB

PM rasmi pecah tanah projek ETS Gemas - JB

BATU PAHAT: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan melancarkan pecah tanah Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas - Johor Bahru (ETS), di Segamat, Selasa ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, berkata projek membabitkan jajaran landasan sepanjang 192 kilometer berkenaan dijangka siap pada 2020.

"Proses pengambilan tanah untuk projek berkenaan sudah selesai dan dimuktamadkan. Projek ini dijangka memodenkan sistem pengangkutan kereta api di selatan tanah air, selain menambah kecekapan perkhidmatan berkenaan," katanya ketika dihubungi NSTP, di sini hari ini.

Selain majlis pecah tanah ETS di Segamat, Perdana Menteri turut dijadualkan merasmikan Muar Furniture Park dan melancaran Skim Usahawan Perabot Bumiputera di Bakri, Muar pada pagi, selain menghadiri Majlis Muafakat Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Pecah Tanah Projek Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ), kira-kira jam 3 petang, di Labis.

Sebelum ini NSTP melaporkan kelewatan projek berkenaan berikutan beberapa langkah "nilai tambah" perlu dilaksanakan, termasuk mengkaji rancangan pembinaan beberapa jambatan bawah tanah serta jejambat untuk memudahkan aliran trafik selain isu pengambil alihan tanah dan pemindahan penduduk.

Projek bernilai RM9 bilion itu pada awalnya dijangka bermula pada 1 Disember 2016.

Projek ETS Gemas-Johor Bahru itu membabitkan pembinaan sebanyak 11 stesen ETS yang merangkumi tiga kategori iaitu Stesen Utama, di Segamat dan Kluang, Stesen Secondary di Labis, Bekok, Paloh, Rengam, Layang-layang, Kulai dan Kempas Baru manakala Stesen Operasi dan Barang pula di Genuang dan Mengkibol.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment