Mesyuarat khas EXCO jika Parlimen dibubar

Thursday, April 5, 2018

Mesyuarat khas EXCO jika Parlimen dibubar

Mesyuarat khas EXCO jika Parlimen dibubar

JOHOR BAHRU: Satu mesyuarat khas EXCO akan diadakan petang ini sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen pada pagi ini.

Jurucakap Pejabat Jurutulis Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, berkata mesyuarat khas EXCO itu akan diadakan pada jam 3 petang ini selepas Majlis Perasmian Masjid Pulai Indah yang dihadiri Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

"Pakaian untuk EXCO beragama Islam ialah Baju Melayu, manakala bukan Islam adalah 'lounge suit'.

"Tiada sebarang kertas kerja akan dibentangkan dalam mesyuarat ini, hanya untuk memaklumkan pembubaran Dewan (DUN) untuk mendapatkan perkenan Sultan Johor," katanya kepada NSTP di sini, hari ini.

Seperti kebiasaan diamalkan, Menteri Besar akan menghadap Sultan Johor bagi mendapat perkenan untuk membubarkan DUN Johor.

Speaker DUN Johor kemudian akan menyerahkan surat watikah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri dan pusat bagi memaklumkan pembubaran berkenaan.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment