Kerajaan negeri sambut baik pengumuman PM

Thursday, April 5, 2018

Kerajaan negeri sambut baik pengumuman PM

Kerajaan negeri sambut baik pengumuman PM

IPOH - Kerajaan negeri menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri kepada penjawat awam di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) kelmarin.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, pengumuman berkenaan agak menarik kerana dilihat banyak memberikan manfaat kepada penjawat awam di negara ini.

“Pengumuman yang dibuat oleh perdana menteri itu bagi saya menarik. Antaranya dengan memanjangkan kemudahan rawatan termasuk kepada ibu bapa bagi  lantikan pekerja kontrak mulai 1 Julai 2018.

“Selain itu, kita juga melihat faedah persaraan yang ditambah sebanyak 1 peratus mulai 1 Julai 2018 dan banyak lagilah. Kemudian Cuepacs dapat bantuan daripada Kerajaan Persekutuan, tetapi di peringkat negeri kita masih belum buat apa-apa keputusan.

"Kalau ada apa-apa keputusan nanti, biarlah menteri besar sendiri yang umumkan," katanya.

Abdul Puhat berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Penyerahan Stadium Indera Mulia dan Arena Squasy, Kompleks Sukan Amanjaya di Stadium Indera Mulia, Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), semalam

Sementara itu, Abdul Puhat menyifatkan banyak inisiatif menarik yang disediakan kepada kakitangan awam khususnya dari segi kenaikan gaji iaitu antara RM300 hingga RM400 sebulan.

Katanya, kenaikan ini sekali gus dilihat lebih tinggi daripada jumlah bonus yang diperolehi kakitangan awam selama setahun.

"Secara keseluruhannya, pengumuman itu menarik dan memberikan banyak faedah serta manfaat kepada penjawat awam," katanya lagi.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment