Mayat lelaki bawah jambatan

Wednesday, April 4, 2018

Mayat lelaki bawah jambatan



MAYAT lelaki warga asing ditemui dengan kesan berlumuran darah di bawah jambatan Tok Bali, Pasir Puteh, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, polis menerima panggilan orang awam pada 10.30 malam yang memaklumkan mengenai penemuan mayat lelaki itu.

Katanya, mayat tanpa identiti itu berumur 30-an dan berkulit cerah.

“Terdapat kesan luka pada bahagian hidung dan mulut mayat berkenaan. Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian lelaki itu sama ada unsur jenayah atau sebaliknya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta supaya segera menghubungi balai polis terdekat,” katanya.

Beliau berkata, mayat dihantar ke Hospital Pasir Puteh untuk bedah siasat.

Katanya, polis masih meneruskan siasatan lanjut untuk menjejaki dua suspek yang juga warga asing.



sumber: hmetro

0 comments:

Post a Comment