Zahid minta tiga perkara

Monday, March 19, 2018

Zahid minta tiga perkara

Zahid minta tiga perkara

SUNGAI BULOH - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta tiga perkara dilaksanakan jentera BN menjelang PRU14.

"Lupakan hal remeh temeh, perkukuh saf dalam kalangan parti dan di garis penamat berikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat," katanya ketika hadir pada program kenduri rakyat di Masjid Darul Ulum Matang Pagar, malam ini.

Dalam program tersebut kerajaan pusat meluluskan peruntukan RM5 juta bagi pembinaan masjid baharudijadualkan gerak kerja bermula Julai ini dan siap sepenuhnya tahun 2020.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, duit bukan penentu dalam soal kemenangan.

"Saya berjanji akan beri pertimbangan kelulusan peruntukan RM5.35 juta untuk 19 perkara seperti dimohon dengan syarat Dun Paya Jaras dirampas.

"Duit bukan segalanya tapi kemenangan itu penting sebagai  semangat menebus maruah," katanya.

Katanya, pemimpin berkerja keras namun urbanisasi penyumbang kepada kekalahan.

"Kawasan-kawasan seperti Matang Pagar, Paya Jaras, Kota Damansara dahulunya adalah kawasan luar bandar dan pinggir bandar tapi kini berada di tengah bandar.

"Hakikat urbanisasi juga merubah pemikiran, perlakuan dan sikap sehingga penyumbang kepada BN kecundang di Selangor," katanya.

Katanya, jentera perlu ada semangat menambah kerusi dengan bekerja secara berpasukan di bawah panji BN dan diterjemahkan semasa hari pengundian.

Hadir sama Pengerusi  Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Ketua Umno Subang, Datuk Zein Isma Ismail serta Adun Kota Damansara, Datuk Halimaton Saadiah Borhan.

#prusinar #aparakyatmahu



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment