Usaha kerajaan bantu rakyat

Thursday, March 22, 2018

Usaha kerajaan bantu rakyat

Usaha kerajaan bantu rakyat

SUNGAI PETANI - Kerajaan negeri mengumumkan 126 keluarga mangsa tsunami di Taman Permatang Katong, Kota Kuala Muda tidak perlu lagi membayar ansuran bulanan RM50 berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pembayaran tidak perlu lagi dibuat kepada pihak bank kerana kerajaan akan melunaskannya sekali gus mengurangkan bebanan dihadapi penduduk yang rata-ratanya bekerja sebagai nelayan.

"Mereka dikecualikan dari terus membuat bayaran ansuran yang sebelum ini mereka kena bayar.

"Usaha ini menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memastikan kebajikan rakyat dipelihara selain mengurangkan beban mereka," katanya.

Antara rakyat Dun Pantai Merdeka yang turut memeriahkan Kenduri Rakyat sempena Jelajah Muafakat Rakyat ke Dun Pantai Merdeka di Dataran Tsunami, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika hadir ke Jamuan Rakyat sempena Jelajah Muafakat Rakyat ke Dun Pantai Merdeka di Dataran Tsunami, di sini hari ini.

Difahamkan, kebanyakan penduduk masih mempunyai baki pinjaman bank lebih 10 tahun lagi dengan tempoh pinjaman keseluruhan selama 20 tahun.

Pada 26 Disember 2004, ribuan penduduk dari beberapa kampung di Kota Kuala Muda yang tinggal di pesisiran pantai terjejas dengan kejadian ombak besar tsunami sehingga mengorbankan 12 nyawa.

Kesemua mangsa terjejas kemudian dipindahkan ke penempatan baharu yang dinamakan Taman Permatang Katong dengan bayaran ansuran sebanyak RM50 sebulan.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment