Tuah buat Negeri Johor
PENYERTAAN syarikat Jepun, Shinkansen jika memenangi bidaan kontrak melaksanakan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) akan membawa kesan limpahan ekonomi termasuk peluang pekerjaan di negara ini, terutama di wilayah selatan.
Andaian ini dibuat Ahli Parlimen Sekijang, Johor, Anuar Manap berdasarkan bidaan kukuh syarikat sistem tren bulet terkemuka di dunia itu terhadap projek HSR.
Beliau berkata, limpahan ekonomi di Johor sangat besar dan dengan cadangan tiga hentian di laluan Johor iaitu Muar, Batu Pahat dan Johor Bahru pasti akan membuka potensi kawasan berkenaan seperti yang dapat dilihat di sekitar stesen-stesen Shinkansen di Jepun.
"Namun, aspek yang sama penting untuk dipertimbangkan dalam melaksanakan sistem pengangkutan awam ialah keselamatan dan kecekapan, dan syarikat kereta api Jepun itu mempunyai rekod sempurna.
âSepanjang 50 tahun lalu, Shinkansen telah mencatat rekod perkhidmatan tanpa kematian dan kita semua tahu bahawa Jepun merupakan negara yang meletakkan premium tertinggi ke atas aspek keselamatan, teknologi dan kecekapan sebagai nilai teras,â katanya kepada Bernama ketika ditanya mengenai pemasaran agresif melalui iklan surat khabar tempatan, papan iklan dan media elektronik oleh Shinkansen.
Tambah beliau, tender antara pembida antarabangsa untuk HSR itu dianggarkan bernilai kira-kira RM50 bilion dan dijangka dikemukakan pada pertengahan tahun ini dengan pembida yang berjaya akan diketahui pada akhir tahun.
"HSR, projek infrastruktur terbesar di Asia Tenggara, apabila beroperasi pada 2026 akan mengurangkan masa perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura kepada hanya 90 minit berbanding empat hingga lima jam sekarang," jelasnya.
Anuar berkata, beliau juga tertarik dengan tawaran membabitkan penyertaan ekuiti Jepun kepada syarikat tempatan untuk menjadi rakan usaha sama.
âMemandangkan infrastruktur kereta api merupakan industri yang masih baru di Malaysia, saya yakin syarikat tempatan sudah pasti akan tertarik untuk mengambil bahagian dalam projek baharu ini yang bukan sahaja akan menyediakan peluang perniagaan dan pelaburan baharu, malah mewujudkan peluang pekerjaan.
"Selain itu, peluang menarik dalam aspek pendidikan turut akan diperoleh kerana syarikat Jepun itu akan menubuhkan pusat latihan dan kecemerlangan bagi melahirkan tenaga kerja tempatan yang mahir untuk mengurus sistem teknologi tinggi berkenaan di dua universiti di Johor iaitu Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
âIni belum pernah dilakukan sebelum ini dan kita memerlukan teknologi seperti itu, terutama pada masa ini. Selain HSR, Malaysia juga sedang membangunkan Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur dan MRT. Oleh itu, fokus untuk ini sangat perlu, dan pemilihan kedua-dua universiti itu sangat tepat,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment