Tidak tergugat dengan hasutan
PEKAN - Walaupun pembangkang berusaha menghasut rakyat di kawasan pinggir bandar, namun Umno Bahagian Pekan tetap teguh dan tidak tergugat dengan tindakan itu.
Timbalan Ketua Umno Bahagian Pekan, Datuk Seri Abu Bakar Harun berkata, pembangkang sentiasa mencari idea memburukkan kerajaan walaupun terpaksa melemparkan fitnah serta tuduhan tak berasas.
âPembangkang seperti biasalah, ada sahaja benda nak hasut pemikiran rakyat. Terkini penduduk Felda. Dia cuba menakut-nakutkan peneroka Felda dengan tuduhan merapu seperti kononnya tanah mereka akan dirampas jika Datuk Seri Najib Tun Razak terus menjadi Perdana Menteri (PM).
âDia ingat PM ada kuasa nak buat keputusan atas semua perkara ke? Keputusan mengenai Felda dibuat melalui Mesyuarat Lembaga Pengarah, bukan main suka-suka arah saja,â katanya ketika ditemui selepas merasmikan Jualan Sentuhan Rakyat di Taman Selasih, Paloh Hinai anjuran Wanita Umno Bahagian Pekan, di sini, semalam.
Sementara itu, Abu Bakar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda negeri berkata, pentadbiran Felda telah melakukan kerja dengan cukup baik, malah tiada satu pun peneroka di saman sepanjang 61 tahun ini.
âKadang-kadang kita fikir bagus juga bila tengok âmanifesto fantasiâ pembangkang. Ia menguji rakyat untuk berfikir lebih dalam dan rasional. Logik atau tak harapan yang mereka berikan. Rakyat kini lebih bijak menilai.
âJelas sekali manifesto yang mereka bentangkan pada penduduk Felda hanya gula-gula untuk tawan hati peneroka. Satu lagi, tidak perlulah jika baru hendak turun padang semata-mata nak raih undi sedangkan sebelum ini tidak peduli pun dengan kehidupan peneroka,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment