Terima keputusan dengan berlapang dada

Saturday, March 17, 2018

Terima keputusan dengan berlapang dada

Terima keputusan dengan berlapang dada

ALOR SETAR - DAP Kedah akur untuk bertanding dua kerusi sahaja daripada 36 kerusi Dun yang akan ditandingi Pakatan Harapan (Harapan) Kedah dalam PRU14 nanti.

Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew berkata, pihaknya menerima keputusan pucuk pimpinan pusat berhubung agihan kerusi itu dengan berlapang dada.

“Selain Dun Derga dan Kota Darulaman sebelum ini, kita memang ada menuntut tambahan dua kerusi di Gurun dan Kulim.

“Kita tawarkan untuk bertanding di kerusi Dun Gurun dan Kulim, memandangkan yakin mampu menang.

“Tapi tak kisah berapa kerusi yang penting, kita tetap bersatu untuk kemenangan Harapan,” katanya.

Sebelum ini, agihan empat kerusi Dun iaitu Guar Chempedak, Pantai Merdeka, Kulim dan Gurun mengalami pertindihan akibat dituntut antara parti komponen itu.

Kerusi Gurun dituntut bersama DAP dan PKR, manakala Kulim pula menyaksikan kerusi itu menjadi rebutan DAP, Bersatu dan PKR.

Manakala, Pengerusi Harapan Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, agihan kerusi di Kedah untuk PRU14 telah dimuktamadkan.

Bersatu bertanding 14 kerusi, diikuti Amanah (10), PKR (10) dan DAP (2).



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment