SPRM terima aduan kes warga asing berniaga di Bukit Bintang

Thursday, March 22, 2018

SPRM terima aduan kes warga asing berniaga di Bukit Bintang

SPRM terima aduan kes warga asing berniaga di Bukit Bintang

SHAH ALAM- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan ada menerima aduan mengenai kes warga asing memonopoli beberapa lokasi perniagaan di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur.


Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, sehubungan itu pihaknya sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasa seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengatasi perkara itu sekiranya  wujud aktiviti rasuah dalam kes berkenaan.


Tegasnya SPRM sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi penguat kuasa lain dalam usaha membendung lambakan warga asing yag berniaga di lot-lot perniagaan orang tempatan khususnya di sekitar Bukit Bintang.


“Bagaimanapun sekiranya ada kes rakyat tempatan menyewakan lot perniagaan kepada orang asing, penguatkuasaan itu adalah di bawah kuasa pihak DBKL," katanya ketika dihubungi Wartawan Sinar Siasat  sekali gus mengulas laporan sebelum ini berhubung isu warga Bangladesh menjalankan aktiviti perniagaan barang tiruan di sekitar Bukit Bintang.

Beliau berpandangan, langkah  DBKL  membatalkan lesen perniagaan pemilik lot yang didapati melakukan perbuatan itu, ia akan dapat mengurangkan masalah tersebut sera memberi peluang kepada peniaga tempatan yang benar- benar mahu berniaga.


 â€œTetapi penguatkuasaan lain adalah  bawah tanggungjawab Jabatan Imigresen Malaysia atau polis sekiranya warga asing itu melanggar akta Imigresen.

"SPRM sentiasa membuat operasi bersama dengan jabatan-jabatan berkaitan dan menangkap pemberi rasuah yang cuba menyogok pegawai-pegawai penguat kuasa," katanya.

Dalam pada itu, SPRM  turut membantu pihak DBKL bagi memastikan sistem dan peraturan yang baik diamalkan oleh PBT berkenaan dengan menempatkan  dua pegawai integriti di DBKL.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment