Shahrizat tak tanding Sungai Besar
SABAK BERNAM - Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abd Jalil dijangka tidak dipertaruhkan sebagai calon kerusi Parlimen Sungai Besar pada PRU14.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, Shahrizat telah menyatakan pendirian beliau untuk memberi fokus memperkuat jentera sayap wanita Umno.
âIni bagi memastikan pilihan raya yang akan datang semua parlimen yang menang akan menang majoriti besar dan yang kalah kita rampas kembali,â katanya pada sidang media selepas Program Ramah Mesra Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Balai Raya Batu 50 Pasir Panjang,semalam.
Jamal berkata, biarpun beliau bersungguh-sungguh ingin membawa Shahrizat bertanding di Parlimen itu, namun tetap akur dengan keputusan terbabit.
âAkhirnya ahli-ahli parti akur tentang apa yang ingin saya lakukan.
âSaya ucap terima kasih kepada seluruh ahli Umno terutamanya jentera BN di Parlimen Sungai Besar ini yang memahami hasrat yang ingin saya lakukan, walaupun tercicir di tengah jalan.
âBagi saya, ini adalah satu kejayaan kerana jika tidak ada cadangan tersebut, mungkin kami di sini masih belum bergerak sampai ke tahap sebegini,â katanya.
Mengulas mengenai tular di media sosial berhubung banting yang ingin meletakkan beliau bertanding di Parlimen atau Dun di bahagian terbabit, Jamal berkata, sebagai ahli parti beliau menyerahkan perkata itu kepada pucuk pimpinan.
âSaya mengucapkan ribuan terima kasih kepada masyarakat dan pengundi di Parlimen Sungai Besar ini kerana saya lihat dalam beberapa hari ini tular tentang pengundi dan masyarakat setempat mahukan saya menjadi calon.
âKalau sudah ditakdirkan atau pun saya menjadi calon (PRU14), saya bersiap sedia kerana bukan hari ini saya datang ke Sungai Besar tetapi sudah 4 atau 5 tahun ini kerja-kerja untuk hadapi pilihan raya kita sudah laksanakan.
âSelain itu, Umno bahagian juga telah mengemukakan tiga hingga empat nama calon kepada Umno Selangor untuk dipertimbangkan sebagai calon Parlimen Sungai Besar dan dua Dun iaitu di Sungai Panjang dan Sekinchan,â katanya.
Sementara itu di Ipoh, Ketua Wanita Umno, itu mengesahkan sudah menolak pelawaan daripada dicalonkan di kerusi Parlimen Sungai Besar pada PRU14 ini.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat kerana yakin dengan kepimpinan Bahagian itu yang masih punya ramai calon berpotensi untuk diketengahkan.
Menurutnya, penolakan itu telahpun dimaklumkan kepada Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan jawatankuasanya menerusi perbincangan baru-baru ini.
âSaya amat berbesar hati dengan pelawaan itu, tapi saya sudah buat keputusan tidak akan turun ke Sungai Besar.
âBagaimanapun sokongan saya tetap ada dan akan terus membantu gerak kerja jentera bagi membantu sesiapa juga calon dipilih nanti,â katanya pada sidang media selepas Pelancaran Jentera Wanita dan Puteri BN Perak di Kediaman Menteri Besar.
#prusinar #aparakyatmahu
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment