Pembangkang takut bayang-bayang sendiri

Friday, March 23, 2018

Pembangkang takut bayang-bayang sendiri

Pembangkang takut bayang-bayang sendiri

KOTA TINGGI - Pembangkang diminta untuk memberi peluang kepada kerajaan untuk membentangkan terlebih dahulu Rang Undang-undang (RUU) anti berita tidak benar sebelum memberi apa-apa pendapat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ia berikutan mereka seolah-olah 'kelam kabut' apabila kerajaan mahu menggubal undang-undang tersebut.

Menurutnya, pembangkang juga dilihat tidak matang kerana bertindak mengeluarkan kenyataan tidak sepatutnya sebelum RUU itu dibentangkan.

"Semasa saya bahas, banyak ahli pembangkang berdiri nak tanya lebih soalan jadi saya minta ditarik pada hari perbahasan untuk RUU itu disebabkan kita hanya bentang di parlimen bagi bacaan pertama pada Isnin ini.

"Lepas bacaan pertama itu saya akan buat perbincangan sesi dialog dengan BNBBC (Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional) dan pada Selasa atau Rabu saya akan jumpa semua ahli pembangkang pula.

"Bagi saya, pembangkang saya tengok mereka takut dengan RUU anti berita tidak benar ini. Berilah peluang kepada kerajaan untuk bentangkan bacaan pertama, baca RUU dan kemudian bagilah pendapat. Ini belum apa-apa dah kelam kabut,"katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan perjumpaan dan ramah mesra serta menyampaikan sumbangan bantuan jaring kepada nelayan di Jeti Nelayan Sungai Musuh, hari ini.

Tambahnya, seperti pindaan akta dadah Seksyen 39B pada peringkat akhir diadakan perbincangan bersama BNBBC dan juga pihak pembangkang di mana hasilnya ada sedikit perubahan dilakukan.

Jelasnya, begitu juga bagi RUU anti berita tidak benar yang bakal dibentangkan bukanlah bermakna ia sudah sampai ditahap penutup sebaliknya selepas bacaan pertama, ahli parlimen boleh bawa cadangan dalam sesi dialog.

"Dalam anti berita tidak benar ini mereka belum baca lagi RUU tetapi mereka dan lompat. Di mana mereka buat kenyataan seolah-olah kerajaan nak control beberapa cerita, kerajaan sengaja wujud undang-undang ini kerana nak guna untuk pilihanraya.

"Bagi saya, ini tindakan tidak matang. Kena tunggu dulu, ini belum apa-apa dah kelam kabut. Bagi saya kalau tak buat salah buat apa nak takut. Kalau kita tak terlibat dalam melakukan sesuatu yang salah seperti buat berita palsu buat apa nak takut.

"Undang-undang ini akan jadi tidak ada kena mengena dengan kita. Namun jika kita terlibat dengan gerakan berita palsu ini maka kita akan takut, takut dengan bayang-bayang sendiri. Ini pendapat saya," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment