Pemain kita pandang rendah keupayaan Mongolia
âPEMAIN kita pandang rendah. Ingat senang boleh makan?â
Itu reaksi bekas pengendali Perak, Datuk M Karathu bagi mengulas prestasi skuad kebangsaan pada aksi persahabatan berdepan Mongolia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam kelmarin.
Menurutnya, kesebelasan negara terlalu banyak melakukan kesilapan pada perlawanan berkenaan selain mensia-siakan deretan peluang untuk menjaringkan gol.
Malah menurut Karathu, Mongolia pula yang sebaliknya mempamerkan aksi mantap menerusi permainan pantas selain berjaya bertahan dengan baik sehingga ke wisel penamat.
âMemang kita harap Malaysia menang. Tetapi akhirnya seri sedangkan memang perlawanan itu kita kuasai perlawanan itu.
âSepatutnya, kita tengok dulu permainan mereka. Bagaimana mereka beraksi sebelum kita lawan mereka. Ini kerana, walaupun mereka hanya baru serius dengan bola sepak hanya sejak 20 tahun lalu, tetapi mereka sudah ada pembangunan dan lain-lain.
âMereka ada penyerang yang laju, dan pertahanan yang baik. Sepatutnya, bila kita main dengan sembilan pemain pertahanan, kita mesti ada cara serangan untuk âpecahâkan pertahanan itu,â katanya kepada Sinar Harian.
Pada perlawanan berkenaan, Malaysia mendahului pada minit ke-31 apabila kapten Mongolia Turbat Daginaa tertampan bola ke gawang sendiri.
Namun kegembiraan skuad negara tidak kekal lama apabila pemain Mongolia Enkhibileg Purevdorj berjaya melepasi benteng pertahanan dan menyungkit bola menewaskan penjaga gol negara, Haziq Nazli pada minit ke-42.
Pemain muda, Mohd Akhyar Rashid kemudiannya meledak gol kedua skuad negara pada minit ke-65, namun sekali lagi pemain Mongolia berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Ghakhuyag Ser-Od-Yanjiv pada minit ke-71.
Akhyar wajar beraksi luar negara
Sementara itu Karathu beranggapan pemain muda Mohd Akhyar Rashid, 18 wajar diberi peluang untuk beraksi di luar negara.
Katanya, dengan beraksi di luar negara, pemain berkenaan akan mendapat pendedahan selain menimba lebih banyak pengalaman bersama pemain serta pasukan-pasukan ternama.
âBagi saya, kalau ada pilihan main di luar negara, lebih baik pergi. Ini kerana standard bola sepak di luar negara lebih tinggi.
âKaedah membawa masuk pemain-pemain naturalisasi dalam skuad negara juga dilihat tidak banyak membantu kerana mutu permainan yang disajikan tidak jauh berbeza berbanding pemain tempatan,â katanya lagi.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment