Pekerja sambilan pun wajib carum Perkeso

Monday, March 19, 2018

Pekerja sambilan pun wajib carum Perkeso

Pekerja sambilan pun wajib carum Perkeso

BANDARAYA MELAKA - Kerajaan memberi peringatan kepada majikan di negeri ini supaya mencarum semua pekerja mereka dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) termasuk pekerja sambilan atau masih dalam tempoh percubaan.

Exco Hal Ehwal Syarikat, Sumber Manusia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Datuk MS Mahadevan berkata, di bawah akta Perkeso jelas menyatakan selagi individu tersebut diambil bekerja tidak kira secara sambilan atau tempoh percubaan, mereka layak mencarum Perkeso.

Menurutnya, sesetengah majikan menganggap mereka tidak perlu mencarumkan pekerja mereka atas alasan hanya bekerja sementara atau di dalam tempoh percubaan.

"Kerajaan negeri memandang serius perkara ini dan mahu majikan lebih bertanggungjawab supaya mematuhi garis panduan atau akta yang telah ditetapkan bagi setiap majikan terhadap pekerja mereka.

"Ini kerana terdapat kes pekerja sambilan terlibat dengan kemalangan di tempat kerja sehingga berlaku kematian dan hilang upaya kekal," katanya.

Beliau berkata kepada media selepas menjadi tetamu di Konti MelakaFM di Jalan Taming Sari, di sini bertujuan untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang faedah yang boleh diperolehi dari mencarum di Perkeso.

Turut sama, Pengarah Perkeso negeri, Fadhilah Hamil.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh tentang isu pengambilan ramai pekerja asing di negeri ini, yang didakwa berpunca daripada sikap pekerja tempatan yang gemar memilih pekerjaan.

"Namun begitu, saya berharap pekerja tempatan akan diberikan hak yang sepatutnya oleh majikan-majikan di negeri ini.

"Sehingga ke hari ini terdapat lebih 14,000 majikan di Melaka yang berdaftar dengan Perkeso," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment