PDRM umum pertukaran pegawai
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran enam pegawai kanannya berkuat kuasa 16 April ini.
ialah Timbalan Komander Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Cheras, Asisten Superintendan Aris @ Arif Omar, yang dilantik sebagai Penolong Pengarah Koordinasi Sumber Sokongan, Bahagian Koordinasi Sumber Sokongan, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman.
Pertukaran turut membabitkan Penolong Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Pengurusan Aduan) Bukit Aman, Asisten Superintendan Kamaruzaman Elias, yang akan bertukar jawatan dengan Asisten Superintendan Lembaga Parol (II), Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya, Asisten Superintendan Khairy Abdul Kadir.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Superintendan Dr Che Ghazali Che Awang, dilantik sebagai Ketua JPJKK Kelantan, kata Ketua Komunikasi Korporat, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad, dalam kenyataan hari ini.
Asmawati berkata, Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan Ramli Kasa, dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Tampin dengan memangku pangkat Superintendan.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Bentong, Asisten Superintendan Ashari Abu Samah, akan menyandang jawatan Ketua Polis Daerah Cameron Highlands dengan memangku pangkat Deputi Superintendan. - BERNAMA
sumber: bharian
0 comments:
Post a Comment